Setelah sekian lama tak update blog ni, disebabkan ketandusan idea dan takde masa. Well well well aku bz mengalahkan Perdana Menteri ok. So, tuk entry ni nak cerita sikit tentang kulit kita.
Well well well manusia seperti i & u oll mempunyai various warna kulit. Betul tak? Warna kulit setiap manusia berlainan tone. Ada yang putih melepak, sawo matang, hitam manis, hitam kelat pon ada.. huhhh?
Warna kulit dan rambut kita ditentukan oleh satu pigmen yang di kenali sebagai Melanin. Melanin ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Greek iaitu Melas yang bermaksud "hitam". Tapi dalam entry ni aku tak sebut sal rambut, maybe next time k.. kena cari sumber yang boleh dipercayai dulu.
Dalam kulit kita melanin dijumpai dalam satu sel kulit iaitu sel keratinocytes. Jadinya, jika seseorang itu mempunyai bilangan pigmen melanin yang banyak maka kulit dia gelap, atau korang just imagine je la Akon ke? hehe Then, kalau pigmen melanin ni kurang dalam sel kulit maka warna kulit akan lebih cerah, dan putih. Dan bila amaun melanin ni 50-50 (%) dalam sel kulit maka warna kulit akan jadi kekuning - kuningan atau kemerah - merahan. Sebagai contoh, macam kulit Melayu lah kan!
Akon Bling blings
"Hulurkan tanganmu" #SalamSemua
Bila korang berada di bawah matahari yang panas lagi terik, korang akan perasan yang korang akan jadi lebih gelap daripada sebelumnya. Aku memang selalu perasan sangat, kulit aku sensitif dgn matahari.. kompem cepat je gelap. Tambah2 lagi tang tangan ni. Bawak motor kehulu hilir tu pasal tangan je gelap. Siap berbelang lagi. Sebab masa kulit kita terdedah dengan matahari, melanin ni akan produce lebih banyak. So bila dia produce sgt aktif dan banyak, finally kulit pon akan jadi makin gelap dan gelap. So kalau tak nak gelap, pakai la sun protection lepas ni (cakap dekat diri sendiri jugak hihi).
Sunplay spf 130
Macam ni pon bolehhh : D HAhahaha
Pernah tak korang tertanya - tanya kenapa warna kulit manusia takde kaler purple? pink? hijau pucuk pisang? biru laut? turqouise? haaaa RARE kan? sebab tak pernah lagi kajian jumpa pigmen2 dalam kulit yang sungguh colourful macam tu. Mungkin ada pada alien, tapi bukan pada manusia.
Alien Biru Laut
Alien Hijau Pokok Pisang ke Pucuk Pisang? Acah2 cute pulak dia. : D
OK got to gooo. Daa ~
No comments:
Post a Comment