Saturday, February 23, 2013

kisah adik abang dan gigi

suatu hari yang cerah...pulang dari sekolah...
Si adik terkejut beruk tengok si abang hilang sebatang gigi.. Abang mula cuak. Menitik-nitik airmata serta peluh..(ye lah.baru balik sekolahkan kompem peluh jantan keluar mencurah2 ke ladang tebu). "Mana gigi abang ni tina? huuuuu", abang merintih pada adik. "Mana lah tina tahu! Abang letak mana gigi abang? Macam - macam lah abang ni..huh.", dengan muka bengang si adik atau senang di panggil Tina, menelepon ibu yang sedang membanting tulang 4 kerat di opis. Tuutttt Tuuuttttt Tuuuttttt (bunyi calling). "Ye heloo, nape ni?", si ibu bertanya dengan penuh tanda tanya.

 "Ibu, abang ni menangis-menangis gigi abang hilang! Tak tahu pergi mana gigi abang. Balik - balik sekolah je Tina perasan gigi abang dah rongak!", adik mengadu pada ibu. Ibu mohon bercakap dengan abang, "Abang, macam mana gigi abang boleh hilang? Pergi mana gigi abang?", "Huuuuu abang tak tawuuuu..ibuuuu sobbbbbb tolong abangggg.", abang ni memang perangai dia gelabah tak bertempat. Dia punya cuak... alahai budak ni. "Ibu rasa abang tertelan gigi kot..sebab gigi tu pon dah goyang sangatkan?", kakak ku mula mengusik..hahaha bertambah menangis lah si abang hingga air mata membasahi karpet empuk buatan German. (ok aku propa sket hehe). "Abang, macam ni la abang ingat balik mana gigi abang tu? mungkin masa abang makan abang terkunyah ke? Then terus masuk dalam perut.", berderai lagi air mata abang...talian diputuskan.

Dalam teresak - esak dan tersedu-sedu abang pergi ke dapur dan ambil 2 jug tupperware air. Nak tahu apa si abang buat? Dia minum air 2 jug tu sampai licin. Bayangkan budak umur 10 tahun minum air banyak macam tu dalam masa yang singkat. 1 jug air tu adalah dalam 1 liter - 1.5 liter kot. Setelah tu, disuruh adik tekan perut dia dengan harapan dia muntah dan gigi tu terkeluar dengan air yang dimuntahkan. Agak bijak pikiran si abang ni. Si adik mengomel "Abang ni, da lah muntah! lepas tu Tina pulak yang kena lap muntah ni, kang ibu ngan ayah balik apa nak jawab?", omelan si adik yang berumur 8 tahun. "Ala tolong la abang.. abang takut la..", merayu si abang. 

Sesampainya ibu ayah di rumah, terkejut lah ibu ayah mereka.. air masak dalam jug semua habis licin.."Ibu, abang ni yang minum sebab dia nak keluarkan gigi tu dari dalam perut dia". adu si adik pada ibu. Ibu terkejut dan pecah perut gelak... sebab asalnya ibu gurau je.. tak mungkin la abang tertelan gigi tak rasa apa - apakan? kurang - kurang mesti lah rasa tercekik ke? rasa terkunyah batu ke.. al maklumlah, gigi kan keras. "Hahahahahahaha Ya Allah abang....ibu gurau je lah.. aduh sakit kepala aku layan hero sorang ni hahaha". "Ibu, jom pergi ampang puteri (hospital) kita xray perut abang ni, cek ada tak gigi tu? abang takut..". Si ibu tenangkan si abang..."Abang, kalau betul abang tertelan mesti abang tercekik kan?  tapi abang ok je? hurmm cuba abang pikir betul - betul..". "Tadi masa dekat sekolah nurse gigi datang.. pastu nurse tu cek gigi abang tapi abang pejam mata sebab abang tak suka lampu dentist tu", si abang ni memang tak suka pergi klinik gigi, dia tak suka kena cahaya lampu masa rawatan gigi. Penakut sungguh. Jadinya abang akan pejam je mata sampai lah nurse settle cek gigi. "Ntah2 nurse yang cabut gigi tu!", ibu bagi idea. "Tak la ibu, kalau nurse yang cabut gigi tu mesti abang rasa...hurmm.. "

Esok masa disekolah abang bertanya pada kawan - kawan tentang kehilangan giginya. Kawan - kawan abang juga berasa hairan...ke mana gigi abang??? haishhh sampai kusut mereka pikirkan. Hanya satu sahaja jalan tuk tahu mana gigi abang...abang nekad untuk jumpa nurse semalam yang cek gigi dia. "urm...nurse, semalam nurse ada cabut gigi saya tak?", abang bertanya dengan penuh harapan..nurse tersebut tersenyum. "Iye..saya cabut gigi awak semalam, tapi saja tak nak bagi tahu awak sebab saya nampak awak takut sangat ...jadinya saya senyap2 cabut gigi awak. dah goyang sangat tu..", dengan selamba nurse jelaskan. Akhirnya terjawab mana hilangnya gigi abang. Abang tersenyum sungguh girang.. Pulang ke rumah dengan hati yang senang.. abang pon bercerita pada ibu... ibunya bercerita pula pada aku.... memang aku gelak menitis - nitis air mata membasahi bantal..disebabkan time tu on call time baring landing baik punya! hahahahah

Sebenarnya ni kisah anak buah aku..abang umur 10 tahun, adik umur 8 tahun.. diorang ni dari kecik lagi dah berdikari.. balik dari sekolah duduk dekat rumah berdua je.. tak de maid jaga.. so susah senang dorang sama - sama. Macam - macam celoteh diorang ni. Seronok dengar kakak aku bercerita hal anak - anak dia. Abang dan adik ni ada kakak.. kakak umur 13 tahun.. sekolah tingkatan 1.. tapi kakak sekolah petang. Abang dan adik sekolah pagi.. 


abang dan adik
gambar ni masa tadika..gambar latest dekat dalam handpon, malas nak transfer. ekekekek
maksu penyegan!




No comments:

Post a Comment