Wednesday, November 13, 2013

Cabaran / Belajar

Hai assalamualaikum!!!


Serius lama sangat tak hupdate belog i ni... Tak tahu lah dah ghuper hape. Dah macam rumah tinggal siap degan kelawar bersarang lagi. haa nampak tak aku visualize gegiler kan..? kalau orang dah lama tak jumpa mesti akan poyo - poyo tanya 'How's life?'.. poyo sangatkan. tee hee. So life aku sekarang mcm mana? Alhamdulillah diberikan kesihatan selepas demam seminggu. Aku demam seminggu 5 kali kena cucuk. Sekali cucuk masuk air, & ubat. 4 kali cucuk ambil darah. Dah rasa macam apa je time tu. Tapi tu lah actually aku bukan nak cerita pasal aku demam ulang alik klinik kat U, hospital bagai tu.

Sekarang ni aku dah tahun 2 degree kat sini. So cerita yang nak ku ulaskan ialah tentang berapa tensinya kehidupan kalau kau tak buat sesuatu yang kau minat. Aku banyak sangat stress since awal tahun ni lah. Aku tak tahu  kenapa 2013 ni buat aku fikir macam macams - over thinking- giteww kan. Sampai rasa nak botak bulu kaki. Nasib baik tak gugur lagi bulu kaki ku ini. So kepada adik adik yang baru lepas SPM atau yang baru pas grad diploma pls la buat apa sahaja yang korang suka dalam belajar. Memang orang cakap kita patut dengar cakap orang yang lebih tua yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Tapi kadang - kadang tu keputusan kita juga penting untuk kita teruskan kehidupan dengan aman dan sentosa. Contoh le onyang (moyang) suh amik kos masak masak. Tapi ngko tak minat masak. Ngko masak pon lepas panas kan minyak je. Yang lain mak ngko yang buat. Tu memang ngkorang kena lah discuss bebaik dengan onyang korang k. Sebab bila kita buat apa yang kita minat dan kita mampu buat itu lebih bagus berbanding kita buat sesuatu hanya untuk memuaskan hati seseorang.

so for the time being....(poyo speaking jap) aku ambil keputusan untuk redah kasi pecah! Kau nak taw sebab apa? kalau aku nak undur masa memang tak dapat lah. aku bukan TUHAN. Jadinya akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke titisan peluh yang terakhir! Akan ku sahut cabaran itu! btw aku pon just ada balance 3 semester lagi. Final year aku nanti tahun paling membunuh. But its ok think positive n move forward..

Bye good nite!



Saturday, June 15, 2013

Benda baru.

Baru beberapa saat tadi aku update status fb dan tweet "baru angin kencang.. tapi daun pokok dah merapuh... belum ribut taufan lagi.." Aku tahu ada yang takkan paham madah berhelah aku ni. Sebab bukan style Ziana Zain kan? Madah berhelah aku so maybe aku sorang je kot yang paham.

Sejak 3 4 menjak ni aku rasa ada 'benda baru' towards something yang aku tak pernah expect. It's called unexpectable "thing". Yea. Aku rasa lain la sekarang terhadap 'benda baru' ni. Baekk gak la 'benda' ni tapi aku tak boleh nak cerita directly, so i choose to write indirectly sentences. Haa padan lah korang nak baca nak try pahamkan.. ghasakk lah. 

at first aku tak pernah jangka jadi sampai macam ni. moody... sedih... berfikir sepanjang masa.. emo tak memasal la senang cite. dan kalau nak tahu aku dah lama tak layan emo emo ni. Dah lama tak berEMOSI. sebelum ni aku rilek2 cool je. Takde la nak bermadah pokok rapuh ke patah kecundang tumbuh lagi ke.. haaa tu nama dia dah tersasar merepek. Wallah!

Dan dan pulak benda2 ni nak jadi masa aku tengah struggle dalam exam week. Tak tahu nak bagi tahu sapa. Tak tahu nak bagi tahu benda tu mcm mana. EHhhhh apa lah! Tah! senang cite sekarang aku dah pening! urrrgghhhh sakit woi sakit.. *geleng kepala mcm berzikir.


Yea. sekarang  ni aku rasa bodoh sangat. sangat bodoh. macam mana lah benda ni boleh jadi. bukan ke selama setahun ni 'pertahanan' aku kebal ibarat Baracudda?

KONONNNNNN LAH Saadah! haihhhh 

kamonnnn dont over think about the "thing" that never want to think what are you over think about ? it just an ignorance.
haaa paria punya ayat mai dah. takpe. aku serabut sekarang. hehehe :D



see picture above then u know what i'm talkin' about. 


sincerely by,
lovely saadah.







Tuesday, May 21, 2013

Permainan Hebat

Assalamualaikum


Bagi aku tiada kebahagiaan yang kekal dalam hidup ni.
Kehidupan kita ada pasang surut dia.
Ada naik turun dia. Bila kau selalu di atas, satu masa pasti akan jatuh.
Ketika saat terjatuh, kau akan rasa gelap.
Menyeru untuk semangat kembali naik bukan mudahkan?

Tambahan lagi dengan kata-kata daripada mulut si puaka yang
buat kau rasa nak jerkah sebegini, "Heii diam lah mulut puaka! Kau Tuhan ke untuk menilai baik buruk manusia?!!!!!!"

Manusia yang banyak mencari salah orang dan merasakan dirinya betul,
dengan mudah mempamerkan kebodohan dirinya sendiri.
Hebat sungguh dia mengkritik, hebat sungguh dia berkata - kata.
Segalanya dia saja yang betul.
Tapi bila kita lihat latar belakangnya, tak sepadan dengan hebat dia berkata - kata.

hurm?

Thursday, April 11, 2013

tolong share tips

beberapa saat yang lalu sebelum aku buka tab blogger.com aku sedang menalaah subjek Information Security yg perlukan aku fokus membaca. oh tidak. Aku kurang gemar ye dengan subjek yang banyak membaca, sebab tu lah aku tak boleh jadi lawyer, loyer buruk boleh lah. Setiap kali nak study je, mesti ada gangguan. Tak boleh fokus langsung. Subjek mengira aku ok lagi, walaupun aku ni takda la pandai matematik sgt pon. Setakat suam2 kuku je la. Tapi matematik boleh buat aku fokus, macam main dam haji. 

So apa tips korang tuk fokus masa belajar ye? Share la.. 


Tuesday, April 2, 2013

Expresssssssssssezessszeusss

Assalamualaikum  and good day to everibadi!!!!!

This is what i want to express today...

"Some place we go we can't be ourselves"

Cuz outside there too many people love to critics. 
However in fact, they don't have any rights to critic us. 
Yaaa they can say bla bla bla , they can critic us bla bla bla and blah!!!!!!!
But they should stand in front of the "mirror" to see their self first. 
Is they good enough to critic what we wore? what we like?  then what we eat also they want to argue!??? Horrendously s*it! Actually they got veeeeery narrow and tiny minded!!!


OKBAIIIII !!!





Wednesday, March 6, 2013

satu

satu..
seorang..
satu orang punya satu hati..
dua orang punya dua hati..

dua hati bersatu..
jadi berapa orang?

p/s: hidup seorang atau hidup sesama manusia, yang pasti Allah ada dengan kau... zahirnya kau dilihat berseorangan, batinnya Allah sentiasa ada ketika susah dan senang kau. Ingat! Allah sentiasa disisi.  :)

Alhamdulillah, syukran Ya Allah.

Wednesday, February 27, 2013

Rabu oh Rabu

hai assalamualaikum

Hari ini hari rabu! Hari rabu hari penat! Jyeahhhh

Ayat eksaited dalam merungut actually. Jenggggg. Serious hari ni aku penat sangat. Dari pagi kelas kul 8 pagi. Nak naik bas kena beratur panjang 18kilometer persegi. #EH Bas ke empat baru aku dapat naik. Bebudak lelaki kat sini beruntung sgt.. sebab beratur nak naik bas ade 2 lane, 1 lane lelaki, 1 lane pompuan..  populasi lelaki di kolej perwira ni teramat la pupus, makanya jumlah mereka lebih kurang 1/4 je dari keseluruhan.

Bila kami yang pompuan pompuan ni beghatuq sepanjang 18km, dorang beratur sekangkang kera je.. then lelaki yang lambat beratur dari kami dapat naik bas dulu. sebab bila nak naik bas tu, akan selang seli naik.. contoh pompuan 3 org naik, pastu laki 3 org lak naik... lebih kurg camtu lah. so kami pompuan yang dah beratur lagi awai dari dorang pulak yang tak dapat naik dulu. Sabar je la kak Salmah! Nak buat acane ken... kaum hawa kat U ni ada la dalam 70%.. lelaki banyak pupus sebab ada yang kebidang lain... mungkin?

Sampai kelas kul 8.20. Aku pandang lecturer pon kecik besar kecik besar je... oh sebab mata aku berpinar - pinar, tak cukup tidur. Tu yang pandang dia kejap kecik kejap besar. Bukan carik gaduh taw.
Setelah puas dia bagi talk 10 minit gitu, kami dijamahkan nonton video pasal perkembangan teknologi.. mata dia khusyuk tengok video kat slide. Aku pon ambil kesempatan tu untuk meletakkan kepala diatas meja, dan pejamkan mata. Perghhh nikmat dapat pejam mata 5 minit pon jadi lah. Masa itu emas kan.

After kelas dismiss, jalan - jalan pegi carik breakfast kat area G3. Nampak laksa, tertelan - telan air liuq. Apa lagiiiii... jamah la laksa tu. Sedap! dua ringgit je.. giler murah! murah pon tak giler camtu.

Pukul 11 attend kelas Dr.Haji Sazali. Kelas statistik. Ni la kelas yang takkan buat aku mengantuk. Sebab pe? Sebab hj sazali sangat kelakar.. mmg aku gelak tak cover lah. Boleh pulak tadi dia menyakat aku, cakap sape pakai baju merah hari ni kalau hujan kena sambar petir. Mata dia pulak mmg point kat aku. Tak tahu lah Kak Salmah nak cakap ape!!! Btw, haji Sazali is the best ever lecturer in Fsktm. Kalau PRU13 dia tercalon, mmg aku pangkah kat nama dia je. hehehehehehehek.


Lepas lunch, mata dan badan longlai mintak katil bantal selimut... Tapi seruan tak sampai, dapat baring kat atas lantai beralaskan tikar dalam surau je... Tapi tu pon cukup buat aku tidur pengsan sejam. Memang penat sgt dah tu. Petang kul 5 pergi golf pulak. Aku koko join golf. Permainan orang kaya lah katakan.. Bajet sgtttt. Demmm.

Malam ni aku plan nak study, study sket sket dulu.. so nanti time nak final takde lah tercirit nak study semua kan.

Ok lah, niat nak study dah tersasar kat sini setengah jam. Okbai. Assalamualaikum!



Saturday, February 23, 2013

kisah adik abang dan gigi

suatu hari yang cerah...pulang dari sekolah...
Si adik terkejut beruk tengok si abang hilang sebatang gigi.. Abang mula cuak. Menitik-nitik airmata serta peluh..(ye lah.baru balik sekolahkan kompem peluh jantan keluar mencurah2 ke ladang tebu). "Mana gigi abang ni tina? huuuuu", abang merintih pada adik. "Mana lah tina tahu! Abang letak mana gigi abang? Macam - macam lah abang ni..huh.", dengan muka bengang si adik atau senang di panggil Tina, menelepon ibu yang sedang membanting tulang 4 kerat di opis. Tuutttt Tuuuttttt Tuuuttttt (bunyi calling). "Ye heloo, nape ni?", si ibu bertanya dengan penuh tanda tanya.

 "Ibu, abang ni menangis-menangis gigi abang hilang! Tak tahu pergi mana gigi abang. Balik - balik sekolah je Tina perasan gigi abang dah rongak!", adik mengadu pada ibu. Ibu mohon bercakap dengan abang, "Abang, macam mana gigi abang boleh hilang? Pergi mana gigi abang?", "Huuuuu abang tak tawuuuu..ibuuuu sobbbbbb tolong abangggg.", abang ni memang perangai dia gelabah tak bertempat. Dia punya cuak... alahai budak ni. "Ibu rasa abang tertelan gigi kot..sebab gigi tu pon dah goyang sangatkan?", kakak ku mula mengusik..hahaha bertambah menangis lah si abang hingga air mata membasahi karpet empuk buatan German. (ok aku propa sket hehe). "Abang, macam ni la abang ingat balik mana gigi abang tu? mungkin masa abang makan abang terkunyah ke? Then terus masuk dalam perut.", berderai lagi air mata abang...talian diputuskan.

Dalam teresak - esak dan tersedu-sedu abang pergi ke dapur dan ambil 2 jug tupperware air. Nak tahu apa si abang buat? Dia minum air 2 jug tu sampai licin. Bayangkan budak umur 10 tahun minum air banyak macam tu dalam masa yang singkat. 1 jug air tu adalah dalam 1 liter - 1.5 liter kot. Setelah tu, disuruh adik tekan perut dia dengan harapan dia muntah dan gigi tu terkeluar dengan air yang dimuntahkan. Agak bijak pikiran si abang ni. Si adik mengomel "Abang ni, da lah muntah! lepas tu Tina pulak yang kena lap muntah ni, kang ibu ngan ayah balik apa nak jawab?", omelan si adik yang berumur 8 tahun. "Ala tolong la abang.. abang takut la..", merayu si abang. 

Sesampainya ibu ayah di rumah, terkejut lah ibu ayah mereka.. air masak dalam jug semua habis licin.."Ibu, abang ni yang minum sebab dia nak keluarkan gigi tu dari dalam perut dia". adu si adik pada ibu. Ibu terkejut dan pecah perut gelak... sebab asalnya ibu gurau je.. tak mungkin la abang tertelan gigi tak rasa apa - apakan? kurang - kurang mesti lah rasa tercekik ke? rasa terkunyah batu ke.. al maklumlah, gigi kan keras. "Hahahahahahaha Ya Allah abang....ibu gurau je lah.. aduh sakit kepala aku layan hero sorang ni hahaha". "Ibu, jom pergi ampang puteri (hospital) kita xray perut abang ni, cek ada tak gigi tu? abang takut..". Si ibu tenangkan si abang..."Abang, kalau betul abang tertelan mesti abang tercekik kan?  tapi abang ok je? hurmm cuba abang pikir betul - betul..". "Tadi masa dekat sekolah nurse gigi datang.. pastu nurse tu cek gigi abang tapi abang pejam mata sebab abang tak suka lampu dentist tu", si abang ni memang tak suka pergi klinik gigi, dia tak suka kena cahaya lampu masa rawatan gigi. Penakut sungguh. Jadinya abang akan pejam je mata sampai lah nurse settle cek gigi. "Ntah2 nurse yang cabut gigi tu!", ibu bagi idea. "Tak la ibu, kalau nurse yang cabut gigi tu mesti abang rasa...hurmm.. "

Esok masa disekolah abang bertanya pada kawan - kawan tentang kehilangan giginya. Kawan - kawan abang juga berasa hairan...ke mana gigi abang??? haishhh sampai kusut mereka pikirkan. Hanya satu sahaja jalan tuk tahu mana gigi abang...abang nekad untuk jumpa nurse semalam yang cek gigi dia. "urm...nurse, semalam nurse ada cabut gigi saya tak?", abang bertanya dengan penuh harapan..nurse tersebut tersenyum. "Iye..saya cabut gigi awak semalam, tapi saja tak nak bagi tahu awak sebab saya nampak awak takut sangat ...jadinya saya senyap2 cabut gigi awak. dah goyang sangat tu..", dengan selamba nurse jelaskan. Akhirnya terjawab mana hilangnya gigi abang. Abang tersenyum sungguh girang.. Pulang ke rumah dengan hati yang senang.. abang pon bercerita pada ibu... ibunya bercerita pula pada aku.... memang aku gelak menitis - nitis air mata membasahi bantal..disebabkan time tu on call time baring landing baik punya! hahahahah

Sebenarnya ni kisah anak buah aku..abang umur 10 tahun, adik umur 8 tahun.. diorang ni dari kecik lagi dah berdikari.. balik dari sekolah duduk dekat rumah berdua je.. tak de maid jaga.. so susah senang dorang sama - sama. Macam - macam celoteh diorang ni. Seronok dengar kakak aku bercerita hal anak - anak dia. Abang dan adik ni ada kakak.. kakak umur 13 tahun.. sekolah tingkatan 1.. tapi kakak sekolah petang. Abang dan adik sekolah pagi.. 


abang dan adik
gambar ni masa tadika..gambar latest dekat dalam handpon, malas nak transfer. ekekekek
maksu penyegan!




Monday, February 11, 2013

Warna kulit?

Hai assalamualaikum readers!

Setelah sekian lama tak update blog ni, disebabkan ketandusan idea dan takde masa. Well well well aku bz mengalahkan Perdana Menteri ok. So, tuk entry ni nak cerita sikit tentang kulit kita.

Well well well manusia seperti i & u oll mempunyai various warna kulit. Betul tak? Warna kulit setiap manusia berlainan tone. Ada yang putih melepak, sawo matang, hitam manis, hitam kelat pon ada.. huhhh?
Warna kulit dan rambut kita ditentukan oleh satu pigmen yang di kenali sebagai Melanin. Melanin ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Greek iaitu Melas yang bermaksud "hitam". Tapi dalam entry ni aku tak sebut sal rambut, maybe next time k.. kena cari sumber yang boleh dipercayai dulu.

Dalam kulit kita melanin dijumpai dalam satu sel kulit iaitu sel keratinocytes. Jadinya, jika seseorang itu mempunyai bilangan pigmen melanin yang banyak maka kulit dia gelap, atau korang just imagine je la  Akon ke? hehe Then, kalau pigmen melanin ni kurang dalam sel kulit maka warna kulit akan lebih cerah, dan putih. Dan bila amaun melanin ni 50-50 (%) dalam sel kulit maka warna kulit akan jadi kekuning - kuningan atau kemerah - merahan. Sebagai contoh, macam kulit Melayu lah kan!

Akon Bling blings 
"Hulurkan tanganmu" #SalamSemua


Bila korang berada di bawah matahari yang panas lagi terik, korang akan perasan yang korang akan jadi lebih gelap daripada sebelumnya. Aku memang selalu perasan sangat, kulit aku sensitif dgn matahari.. kompem cepat je gelap. Tambah2 lagi tang tangan ni. Bawak motor kehulu hilir tu pasal tangan je gelap. Siap berbelang lagi. Sebab masa kulit kita terdedah dengan matahari, melanin ni akan produce lebih banyak. So bila dia produce sgt aktif dan banyak, finally kulit pon akan jadi makin gelap dan gelap. So kalau tak nak gelap, pakai la sun protection lepas ni (cakap dekat diri sendiri jugak hihi).

Sunplay spf 130

Macam ni pon bolehhh : D HAhahaha

Selain daripada masalah kulit gelap, kulit yang terdedah dengan matahari boleh menyebabkan kelajuan proses  kedutan pada kulit, dan masalah paling besar pulak kita boleh dapat kanser kulit! Wowwow itu bahaya! So jaga kulit, agak kalau dah panas terik tu, pakai je payung. Aku dekat kampus selalu pakai payung. Mungkin ada yang pandang sinis dan pelik, sooo do i care? Peace. : D

Pernah tak korang tertanya - tanya kenapa warna kulit manusia takde  kaler purple? pink? hijau pucuk pisang? biru laut? turqouise? haaaa RARE kan?  sebab tak pernah lagi kajian jumpa pigmen2 dalam kulit yang sungguh colourful macam tu. Mungkin ada pada alien, tapi bukan pada manusia.

Alien Biru Laut

 Alien Hijau Pokok Pisang ke Pucuk Pisang? Acah2 cute pulak dia. : D


OK got to gooo. Daa ~  


Sunday, January 27, 2013

Wait

 Assalamualaikum~

Wait for my another exciting entry for this 2013!

May Allah bless our life.. Aminn..





Saturday, January 5, 2013

Lemah

Hye Assalamualaikum~

Lemah, lemah, dan lemah. Sekarang ni aku tengah bergolok gadai study untuk final minggu depan.. 5 paper menunggu. Jujur dan ikhlas ku katakan sangat stresssss. Malam aku tidur 5,6 jam je.. byk benda yang nak dikejar.. Ya Allah tolong lah aku... tenangkan hati aku ni.. bila nak study, tak taw nak study subjek mana satu.. blur pon ada... ingat 1st sem ni nak score.. tapi macam tak dapat je.. sebab sebelum ni mana sempat nak study before study week. Kelas aku byk tengahari sampai malam. So malam bila balik kelas, aku penat n kompem takde mood nak revise balik. Nak study pagi? Adeh.. penat malam tu bawak smpai ke pagi kot.. and actually aku tak biasa study siang hari. Selalunya waktu study yang best malam. Maybe sebab dah biasa dari sekolah lagikan. So, sebelum aku tertaip panjang2 kat sini, baik aku gerak dulu dan sambung study mana yang patut.. k, bye! (mane satu nak study ni huwaaaaaaaaaaaa...!)