sekian lama blog aku ni tiada gelak ketawa, so hari ni aku nak taip entry dengan penuh santai dan gelak ketawa. hehe. : D entry kali ni aku nak cerita pasal perjalanan life aku hari ini.
pagi tadi (tak de lah pagi sangat actually) pabila ku tersedar dari tidur dan melihat jam talipon antik ku yang menunjukkan pukul 11.50 pagi.. ya pagi la tuh kan? belum pukul 12 tengahari lagi.. eheee yeee aku taw anak dara tak elok bangun lambat, tapi jangan salahkan aku sebab bilik aku hari ni sangat cool gila tuk tidur taw. Dengan angin sepoi - sepoi dari kipas bilik yang berpusing, ditambahkan lagi dengan suasana suram tanpa makhluk lain selain aku di dalam bilik.. roomate aku pagi - pagi dah keluar gi discussion group. So ini adalah antara faktor aku bangun tersangat lah lambat hari ni.
Bangun - bangun je aku terus bukak lappy..then bukak tab facebook. Aku tak tahu kenapa bila on laptop mesti tangan ni gatal bukak tab fb dulu. padahal kat fb aku tu takde apa yang menarik sangat pon.. korang taw tak kenapa? tah tah korang pon sama gak kan? haha lepas jenuh menggodek segala isi dalam fb, aku log in twitter pulak.. pon sama, takde benda atau isu yang menarik pon. Then I just scrolled down my timeline. Dah pueh hati ngan timeline twitter, aku bukak pulak tab laman gosip peberet aku.. beautifulnara la apa lagi kan? blog ni salah satu blog hiburan gosip2 artis yang paling top kat Chrome aku ni. Mana tak nya, asik itu je di godek hari - hari. Menatap gosip - gosip artis Malaysia. Lepas tu paling best, aku kena cop kaki gosip oleh geng - geng Rumah Makcik Siti, which is geng rumah sewa masa aku diploma dekat politeknik dulu.
Dah settle dengan aktiviti berjimba di laman sosial dan blog hiburan, aku capai tuala dan mandi. Lepas mandi aku terus geledah meja study dan sambung buat tutorial subjek Algebra yang tergendala semalam. Selepas sejam dua aku memerah otak sampai kering dah idea nak dapatkan jawapan soalan nombor 14, aku pon terasa sangat lah stressssssss. Stress weh bila buat calculation berkali - kali tak dapat jawapan! so, aku redha dan tinggal kan tutorial tu. Bermula la episod petang ni dengan blogwalking ke blog - blog favourite aku... Baca siap dengan gelak - gelak tak hengat dunia , siap terguling kebelakang kedepan.. (oh ya aku tipu je). Then, tiba- tiba aku terpikir yang aku dah lama tak taip kat blog aku dengan mood santai dan ketawa penuh kegirangan seperti.... HAHAHAHAHAHAHAHHAA :D ya seperti sekarang ni la..
Apakah makna semua ini? hehe ini bermakna hidup aku makin selesa sekarang.. Ya.. selesa sangat. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah.. Berkat aku doa siang malam.. Dan berkat emak aku yang jauh dimata tapi dekat dihati.. I'm thinking.. mak aku dah jarang call aku sekarang , dah ada anak angkat ke? Waaaa lupa kat anak dia yang dok struggle belajor kat Batu Pahat nih.. sadis.. :'(
gambar selingan.. gagagagaga
Haa ni apa pulak kes aku tepek gambar diatas? Ni takde kena mengena dengan cerita aku tadi k.. Actually pic ni masa aku kat Perlis. Masa ni tengah berjimba dengan Geng Rumah Makcik Siti. Yang sebelah aku tak berapa nak sebelah aku sangat tu Alyn Yahaya (nama facebook dia), tapi kitorang selalu panggil dia Yus je. Aku rindu kat dia sebenarnya. Tah bila boleh jumpa minah ni.. kena tunggu dia habis latihan ketenteraan (PLKN je pon) dulu la..
Cukup cukup sudah...cukup sampai disini saja.. Aku nak study discrete structure.. so uoll i will be back soon! Thanks for reading! XieXie!
No comments:
Post a Comment