Wednesday, November 13, 2013

Cabaran / Belajar

Hai assalamualaikum!!!


Serius lama sangat tak hupdate belog i ni... Tak tahu lah dah ghuper hape. Dah macam rumah tinggal siap degan kelawar bersarang lagi. haa nampak tak aku visualize gegiler kan..? kalau orang dah lama tak jumpa mesti akan poyo - poyo tanya 'How's life?'.. poyo sangatkan. tee hee. So life aku sekarang mcm mana? Alhamdulillah diberikan kesihatan selepas demam seminggu. Aku demam seminggu 5 kali kena cucuk. Sekali cucuk masuk air, & ubat. 4 kali cucuk ambil darah. Dah rasa macam apa je time tu. Tapi tu lah actually aku bukan nak cerita pasal aku demam ulang alik klinik kat U, hospital bagai tu.

Sekarang ni aku dah tahun 2 degree kat sini. So cerita yang nak ku ulaskan ialah tentang berapa tensinya kehidupan kalau kau tak buat sesuatu yang kau minat. Aku banyak sangat stress since awal tahun ni lah. Aku tak tahu  kenapa 2013 ni buat aku fikir macam macams - over thinking- giteww kan. Sampai rasa nak botak bulu kaki. Nasib baik tak gugur lagi bulu kaki ku ini. So kepada adik adik yang baru lepas SPM atau yang baru pas grad diploma pls la buat apa sahaja yang korang suka dalam belajar. Memang orang cakap kita patut dengar cakap orang yang lebih tua yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Tapi kadang - kadang tu keputusan kita juga penting untuk kita teruskan kehidupan dengan aman dan sentosa. Contoh le onyang (moyang) suh amik kos masak masak. Tapi ngko tak minat masak. Ngko masak pon lepas panas kan minyak je. Yang lain mak ngko yang buat. Tu memang ngkorang kena lah discuss bebaik dengan onyang korang k. Sebab bila kita buat apa yang kita minat dan kita mampu buat itu lebih bagus berbanding kita buat sesuatu hanya untuk memuaskan hati seseorang.

so for the time being....(poyo speaking jap) aku ambil keputusan untuk redah kasi pecah! Kau nak taw sebab apa? kalau aku nak undur masa memang tak dapat lah. aku bukan TUHAN. Jadinya akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke titisan peluh yang terakhir! Akan ku sahut cabaran itu! btw aku pon just ada balance 3 semester lagi. Final year aku nanti tahun paling membunuh. But its ok think positive n move forward..

Bye good nite!