Wednesday, January 7, 2015

Wish List 2015 !!!


Assalamualaikum...

Ya Happy New Year!!! 2015 already...and i am getting older.. waaaaa btw, alhamdulillah bila umur makin meningkat bermakna Allah masih panjangkan umur untuk diri ini memperbaiki diri, masih diberikan kesihatan yang baik, masih diberikan nikmat hidup, dan yang paling penting...masih diberi waktu untuk berTAUBAT. Hihihihihihi.

Aku berharap supaya masa lambat berjalan sebabnya bulan depan 25 februari birthday aku..masuk 24 tahun dah... tahun depan 25 tahun.. tahun depan lagi... 26 tahun.. 10 tahun lagi 36 tahun..hehehe ngeri siot. Ya Allah baru kat atas tadi cakap itu lah ini lah panjang umur bla bla bla.. rupa-rupanya diri ini masih tidak boleh terima hakikat. astraghfirrullahalazim... Positive positive fuh fuh hee..

Untuk tahun ni aku ada beberapa wish list (azam) yang aku nak full fill kan. Di antaranyaaaaa JENG JENG JENG!!!

1) Back on track ----> gym + diet + jogging = KURUS. 

Haa sini aku nak story sikit last year aku dah turunkan berat 13 kg dari 66kg ke 53 kg. Tapi sekarang ni aku makan belasah je kambing sekor hari2 naik balik 6 kg!!! Penat lelah aku nak turun 1 kilo tu pon tercungap2 tak cukup napas, Nak naik sekilo sehari puuuunya lah senang! (*merungut padahal salah sendiri tak diet tak workout huhhh).


2) Backpack ke Pulau Perhentian insyaallah bulan 4 ni during midsem.. maybe fly dari KL sorang - sorang dan Eka (kawan baikku) menunggu di Kuala Terengganu.  


3) Backpack ke Boracay, Filipina insyaallah bulan 8 lepas raya dengan geng 'Waklu'. Mana datang perkataan 'Waklu' ni sume gara2 dorang tukar nama group kat wasap jadi 'Waklu'. Aku pun tak tahu lah kenapa dan jangan sebok memikir ye. Kalau nak tahu aku suka dan enjoy berbackpack dengan derang ni sebab semua masuk air, gila - gila, semua perempuan sado - sado, tahan lasak, nak buat sesuatu buat dgn konpiden, dan yang paling best minat kami sama suka jalan - jalan makan angin. 

Atas ni gambar tahun lepas dekat Krabi. Ni lah geng 'Waklu'. 

4) Complete and finish my research degree. 

Ya Allah korang...pray for me ok? I wish Allah ease everything that i'll do. 


5) Doing great in my last examination. 

Ye lah kan tahun ni final year aku. Jadinya haruslah wajib achieve a good result. 


6) Graduate. :)


7) Being a positive person. 

Hapuskan segala sifat buruk kalau boleh lah.. kalau tak boleh 100% at least 30% of it is good enough. Dari zero. huhu.


8) Mendalami isi Al-Quran. 

Hari - hari aku mengaji/membaca Al-Quran tetapi untuk azam tahun ni aku nak mendalami setiap maksud ayat dalam Al-Quran yang aku baca. Insyaallah. Azam yang ni berharap akan berterusan dari tahun ke tahun. 


9) Nak start journey on business..tak kisah lah business apa janji halal, jujur, dan untung. Yaaa untung tu wajib la kan.. 


10) lastly...update blog regularly... yaa i hope so.. (*muka tak konpiden).


Wow cukup 10 wish list untuk tahun ni! Insyaallah.. 



Wednesday, March 19, 2014

serabut

assalamualaikum hye..

sebenarnya sekarang aku sedang siapkan assignment cryptography. Aku nak bagi tahu ko la kan, ni adalah satu - satunya subject yang paling killer sepanjang aku hidup. Klo time sekolah dulu bagi aku subject killer kimia, fizik, dan akaun (p/s aku tak minat langsung akaun!). Kimia dan fizik ada lah jugak minat sikit. Tu pon haroommm...sebab dulu aku selalu ponteng kelas. Adik - adik yang masih sekolah pls jgn ikut kakak ni ye.

Sambung balik pasal cryptography. Lecturer aku ni chinese girl yang comel. Bila dia cakap melayu rasa nak guling - guling kat tangga. Tak menahan kot..lawak giler! Ngko pahamkan, dengan dia punya pelat tu. Memang kelakar habis. Tapi tu la dia ni nampak cam sporting. Sebenarnya dia strict nak meninggal ok! Bagi assignment first baca, tak paham...2nd time baca...tak paham.. senang cite 8 kali baca baru paham sikit - sikit.

Kalau ngko nak tahu 2 jam yang lepas sepatutnya kena hantar assignment, kena email kat dia lah kan. Masalahnya aku tak siap lagi.... Subjek ni memang pelik. Sebelum - sebelum ni aku buat last minit pon sempat aje hantar. Tapi assignment dia ni.. takde la last minit sgt2 aku buat.. ni pon tak siap2 lagi.. arghhhh sory la aku asek merungut je. Sebab satu hari lambat submit, 1 markah kena tolak. Mana lah tak merungut!!!

jap kita tukar topik k, sekarang ni aku tgh makan nasi....makan nasi pukul 2 pagi taw... hancur diet ku hari ni!!! kekonon tengahari tak nak makan nasi. Kononnnnnyeeelahhh.........alahaiiiii...

k la bye

Thursday, February 6, 2014

Sembang Kurus

Hai Assalamualaikummmm orang kampung yang dok rajin mengadap blog kita ni!

Wahhh excited gitewww yea..

Sekian lamaaa.. ahh tak nak lah aku cerita pasal blog dah lama tak update ni. Entry kali ni Adaa nak cerita sikit lah azam tahun dua ribu pat blas (2014) ni..Yea nok, aku tahu lah aku dah terlambat nak update pasal azam tahun baru...nak buat cemana weh kalau dah aku ni agak loading tuk pikir bab - bab azam nih. Aku pon baru je dapat azam ni 3 minggu lepas. Apa azam Adaa tuh? Haaa azam nak KURUS lee...

Secara ringkasnya, tahun lepas berat badan Adaa naik bertingkek - tingkek. Sampai jadi malas nak jalan jejauh, selalu sakit kat tapak kaki. Adaa ingatkan sakit kaki sebab kena Gout, cuak kauu time tuu.. aku siap gi HKL cek. Last2 doktor cek memang tak de pon Gout. Just doktor cakap aku ni mungkin sebab berat makin bertambah. Feeling time tu malu la jugak. Hak hak hak. Nampak sangat lah badan aku sendiri dah kurang kederat nak menampung berat aku dikala itu. So officially nya pada bulan 10 tahun lepas...berat ku mencecah 65.6kg... banyak tu.. sebelum bulan puasa berat aku 60kg jee... jeee..... haa lepas raya makin naik la!

Lepas tahu berat aku berganda - ganda naik aku pon usahakan la untuk workout. Aku start workout sikit2 masa bulan November.. That time aku just buat Squat workout je. Hari - hari buat.. then lepas few weeks aku cari lagi workout yang sesuai untuk aku. Nanti ada masa aku akan sharekan workout yang aku buat selama ni k? then dalam bulan Januari tahun ni berat aku turun ke 62kg. Hujung januari aku start cuti semester sebulan. Jadinya aku decide untuk fokus menguruskan kembali badan ku ini. yeahh!! Sekarang ni dah hampir 3 minggu aku workout dan diet. Alhamdulillah berat aku turun dalam 2 kg. Last week berat aku 60.2kg.. this week tak timbang lagi.. maybe esok aku timbang lah. Untuk entri yang akan datang insyaallah aku akan share sikit macam mana aku organize diet, workout, dan lain2 okeh!

good bye!!! Thanks for reading! Sesungguhnya jasamu di kenang!


Wednesday, November 13, 2013

Cabaran / Belajar

Hai assalamualaikum!!!


Serius lama sangat tak hupdate belog i ni... Tak tahu lah dah ghuper hape. Dah macam rumah tinggal siap degan kelawar bersarang lagi. haa nampak tak aku visualize gegiler kan..? kalau orang dah lama tak jumpa mesti akan poyo - poyo tanya 'How's life?'.. poyo sangatkan. tee hee. So life aku sekarang mcm mana? Alhamdulillah diberikan kesihatan selepas demam seminggu. Aku demam seminggu 5 kali kena cucuk. Sekali cucuk masuk air, & ubat. 4 kali cucuk ambil darah. Dah rasa macam apa je time tu. Tapi tu lah actually aku bukan nak cerita pasal aku demam ulang alik klinik kat U, hospital bagai tu.

Sekarang ni aku dah tahun 2 degree kat sini. So cerita yang nak ku ulaskan ialah tentang berapa tensinya kehidupan kalau kau tak buat sesuatu yang kau minat. Aku banyak sangat stress since awal tahun ni lah. Aku tak tahu  kenapa 2013 ni buat aku fikir macam macams - over thinking- giteww kan. Sampai rasa nak botak bulu kaki. Nasib baik tak gugur lagi bulu kaki ku ini. So kepada adik adik yang baru lepas SPM atau yang baru pas grad diploma pls la buat apa sahaja yang korang suka dalam belajar. Memang orang cakap kita patut dengar cakap orang yang lebih tua yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Tapi kadang - kadang tu keputusan kita juga penting untuk kita teruskan kehidupan dengan aman dan sentosa. Contoh le onyang (moyang) suh amik kos masak masak. Tapi ngko tak minat masak. Ngko masak pon lepas panas kan minyak je. Yang lain mak ngko yang buat. Tu memang ngkorang kena lah discuss bebaik dengan onyang korang k. Sebab bila kita buat apa yang kita minat dan kita mampu buat itu lebih bagus berbanding kita buat sesuatu hanya untuk memuaskan hati seseorang.

so for the time being....(poyo speaking jap) aku ambil keputusan untuk redah kasi pecah! Kau nak taw sebab apa? kalau aku nak undur masa memang tak dapat lah. aku bukan TUHAN. Jadinya akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke titisan peluh yang terakhir! Akan ku sahut cabaran itu! btw aku pon just ada balance 3 semester lagi. Final year aku nanti tahun paling membunuh. But its ok think positive n move forward..

Bye good nite!



Saturday, June 15, 2013

Benda baru.

Baru beberapa saat tadi aku update status fb dan tweet "baru angin kencang.. tapi daun pokok dah merapuh... belum ribut taufan lagi.." Aku tahu ada yang takkan paham madah berhelah aku ni. Sebab bukan style Ziana Zain kan? Madah berhelah aku so maybe aku sorang je kot yang paham.

Sejak 3 4 menjak ni aku rasa ada 'benda baru' towards something yang aku tak pernah expect. It's called unexpectable "thing". Yea. Aku rasa lain la sekarang terhadap 'benda baru' ni. Baekk gak la 'benda' ni tapi aku tak boleh nak cerita directly, so i choose to write indirectly sentences. Haa padan lah korang nak baca nak try pahamkan.. ghasakk lah. 

at first aku tak pernah jangka jadi sampai macam ni. moody... sedih... berfikir sepanjang masa.. emo tak memasal la senang cite. dan kalau nak tahu aku dah lama tak layan emo emo ni. Dah lama tak berEMOSI. sebelum ni aku rilek2 cool je. Takde la nak bermadah pokok rapuh ke patah kecundang tumbuh lagi ke.. haaa tu nama dia dah tersasar merepek. Wallah!

Dan dan pulak benda2 ni nak jadi masa aku tengah struggle dalam exam week. Tak tahu nak bagi tahu sapa. Tak tahu nak bagi tahu benda tu mcm mana. EHhhhh apa lah! Tah! senang cite sekarang aku dah pening! urrrgghhhh sakit woi sakit.. *geleng kepala mcm berzikir.


Yea. sekarang  ni aku rasa bodoh sangat. sangat bodoh. macam mana lah benda ni boleh jadi. bukan ke selama setahun ni 'pertahanan' aku kebal ibarat Baracudda?

KONONNNNNN LAH Saadah! haihhhh 

kamonnnn dont over think about the "thing" that never want to think what are you over think about ? it just an ignorance.
haaa paria punya ayat mai dah. takpe. aku serabut sekarang. hehehe :D



see picture above then u know what i'm talkin' about. 


sincerely by,
lovely saadah.







Tuesday, May 21, 2013

Permainan Hebat

Assalamualaikum


Bagi aku tiada kebahagiaan yang kekal dalam hidup ni.
Kehidupan kita ada pasang surut dia.
Ada naik turun dia. Bila kau selalu di atas, satu masa pasti akan jatuh.
Ketika saat terjatuh, kau akan rasa gelap.
Menyeru untuk semangat kembali naik bukan mudahkan?

Tambahan lagi dengan kata-kata daripada mulut si puaka yang
buat kau rasa nak jerkah sebegini, "Heii diam lah mulut puaka! Kau Tuhan ke untuk menilai baik buruk manusia?!!!!!!"

Manusia yang banyak mencari salah orang dan merasakan dirinya betul,
dengan mudah mempamerkan kebodohan dirinya sendiri.
Hebat sungguh dia mengkritik, hebat sungguh dia berkata - kata.
Segalanya dia saja yang betul.
Tapi bila kita lihat latar belakangnya, tak sepadan dengan hebat dia berkata - kata.

hurm?

Thursday, April 11, 2013

tolong share tips

beberapa saat yang lalu sebelum aku buka tab blogger.com aku sedang menalaah subjek Information Security yg perlukan aku fokus membaca. oh tidak. Aku kurang gemar ye dengan subjek yang banyak membaca, sebab tu lah aku tak boleh jadi lawyer, loyer buruk boleh lah. Setiap kali nak study je, mesti ada gangguan. Tak boleh fokus langsung. Subjek mengira aku ok lagi, walaupun aku ni takda la pandai matematik sgt pon. Setakat suam2 kuku je la. Tapi matematik boleh buat aku fokus, macam main dam haji. 

So apa tips korang tuk fokus masa belajar ye? Share la..